Hidup sambil mengungkit-ungkit masa lalu bermakna menyia-nyiakan masa sekarang, mengoyak-ngoyak perjuangan dan memporak perandakan masa kini. Segala sesuatu yg sudah selesai, tiada gunanya lagi menghurai dan memanjangkan cerita perjalanan masa kerana ia sama saja dengan memutar semula perjalanan sejarah.
Malang bagi kita kerana tidak mahu dan berusaha menangani masa kini, sebaliknya kita sibuk memikirkan masa lalu kita. Kita menyia-nyiakan istana-istana kita yg megah, sebaliknya kita pula sibuk menguruskan reruntuhan bangunan lama.
Sesungguhnya manusia tidak perlu menoleh atau berpaling ke belakang kerana hembusan angin sentiasa menghala kedepan, air mengalir pun menuju kedepan, kafilah berjalan pun arah depan. Justeru, janganlah cuba menentang arus dan aturan hidup. Sunnah alam.
ns3.23.86.150da2