Sesungguhnya anda diliputi nikmat yg banyak dan sangat bernilai tetapi anda tidak menyedarinya. Mengapa anda masih bersedih hati dan bermuram durja sedangkan pada waktu yg sama anda mempunyai makanan yg sedap, air bersih untuk diminum, boleh tidur lena dan sihat tubuh badan?
Anda terus menangisi apa yg luput dari anda, bukan mensyukuri apa yg sudah ada. Anda susah hati kerana kerugian harta benda sedangkan ditangan anda ada anak kunci bahagia, gudang kebaikan, anugerah, nikmat dan lain-lain. Berfikir serta bersyukurlah.
Mengingat-ingat masa lalu dan bersedih hati kerananya adalah satu tindakan bodoh dan gila. Lebih daripada itu, ia boleh mematikan kehendak dan membinasakan masa depan.
Bagi orang-orang yg waras, fail masa lalu itu sepatutnya dilipat dan disimpan di dalam penjara kelupaan, digari dalam kurungan yg kuat hingga ia tidak dapat keluar. Ianya perlu diperap sedemikian rupa supaya ia tidak terkena cahaya kerana ia adalah sesuatu yg sudah berlalu dan sudah selesai. 604Please respect copyright.PENANA1peOxrHFwO
Maka ia tidak mungkin kembali dengan apa jua kesedihan, tidak dapat diubah dan diperbaiki dengan apa juga kedukaan. Tidak dapat dihadirkan semula dengan apa juga kegelisahan dan tidak akan dapat dihidupkan semula dengan apa juga kebingungan. Ia adalah sesuatu yg sudah tiada.
Jangan biarkan hidupmu dihantui masa lalu. Jangan biarkan dirimu sentiasa dibayangi oleh sesuatu yg sudah berlalu. Lepaskanlah dirimu dari pengaruh dan bayangan masa lampau. Adakah anda mahu mengembalikan sungai kepada sumber mata airnya? Memulangkan matahari kepada tempat terbitnya, mengembalikan kanak-kanak kepada rahim ibunya?
Sesungguhnya meratapi masa lalu dan menangisinya akan membuatmu terbakar dengan apinya. Kembali ke pangkuan masa lalu sama saja dengan meletakkan anda dalam kemelut dan tragedi yg sangat dasyat dan menakutkan.
ns13.58.158.198da2