Jangan berdukacita, kerana perasaan sedih akan terus mengganggumu dengan kenangan masa lalu, akan membuatmu khuatir dengan segala kemungkinan pada masa yg akan datang dan akan menyia-nyiakan peluangmu pada hari ini.
Jangan berdukacita, kerana perasaan sedih hanya akan membuatkan hati menjadi kecut, wajah menjadi muram, semangat akan padam dan harapan akan hilang.
Jangan berdukacita, kerana hanya akan membuat musuh gembira, membuat kawan bersedih hati, membuat orang yg dengki senang dan membuat hakikat-hakikat yg ada berubah.
Jangan berdukacita, kerana perasaan sedih sama dengan menentang qadha dan menyesali sesuatu yg pasti, jauh dari sikap lembut dan benci terhadap nikmat.
Jangan berdukacita, kerana perasaan sedih tidak akan mengembalikan sesuatu yg hilang dan semua yg sudah pergi, tidak akan membangkitkan orang yg sudah mati, tidak mampu menolak takdir dan tidak mendatangkan manfaat.
Jangan berdukacita, kerana perasaan sedih itu datangnya dari syaitan dan kesedihan itu adalah rasa putus asa yg menakutkan, kefakiran yg menimpa, putus asa yg berpanjangan, tekanan yg terpaksa dihadapi dan kegagalan yg menyakitkan.
ns18.119.121.38da2