Hari-hari Lyana berjalan dalam rutin yang sepi; pergi kerja, pulang kerja, makan malam seorang diri di bilik kecil itu. Pada awalnya, kakak saudaranya masih setia menjemput dan menghantarnya. Namun, Lyana yang kian ingin merasa berdikari akhirnya berjaya membeli sebuah motor skuter hasil titik peluhnya sendiri.
Dengan itu, berakhirlah episod bergantung pada orang lain. Kini, setiap pagi dan petang, Lyana mengharungi perjalanan sendirian, melewati jalan-jalan kecil yang kadangkala sunyi, kadangkala penuh dengan bisikan angin petang yang menyentuh kulit mudanya.
Namun, kebebasan itu datang bersama kesunyian yang semakin dalam. Bila malam datang dan bilik kecil itu memeluknya, Lyana mula merasa kekosongan yang sukar diisi.
Satu malam, dalam keadaan malas-malas menatap skrin telefon, Lyana tergoda untuk memuat turun beberapa aplikasi cari kenalan MChat, FBook nama-nama yang dulu hanya didengar dari kawan-kawan sekolah.
Dengan menggunakan sekeping gambar wajah polosnya, Lyana tidak perlu menunggu lama. Berpuluh, malah beratus notifikasi membanjiri aplikasinya semua dari lelaki. Ada yang sopan bertanya khabar, ada yang tanpa malu menawarkan sesuatu yang lebih nakal.
Sedikit demi sedikit, Lyana mula membalas. Bukan kerana cinta, bukan kerana mahukan perhatian kosong tapi kerana ada sesuatu dalam dirinya yang mula terjaga. Satu rasa ingin tahu, satu rasa yang selama ini diam terkurung dalam kelongsong kesopanan.
Di kantin tempatnya bekerja pun tidak kurang godaannya. Kawasan kerja yang majoritinya lelaki membuatkan Lyana sering menerima lirikan mata, senyuman-senyuman bermakna, dan ajakan bertukar nombor telefon.
Pada mulanya, Lyana hanya ketawa kecil, menolak dengan sopan. Tapi, bila malam semakin sunyi, dan skrin telefonnya terus sunyi dari sebarang mesej, dia mula menyerah kepada godaan kecil itu. Satu demi satu, dia bertukar nombor. Sekadar berbual kosong, katanya. Chatting ringan, bertukar cerita sebelum tidur, atau sekadar mendengar suara lelaki yang garau dan dalam di hujung talian cukup untuk mengisi kekosongan malam-malam panjangnya.
Apa yang Lyana tidak sedar... setiap patah kata, setiap getaran suara yang melintasi ruang antara dia dan mereka, perlahan-lahan mengukir sesuatu dalam dirinya. Sesuatu yang belum pernah dia alami keinginan yang masih malu-malu, tetapi mula membara, mencari ruang untuk dilepaskan.
ns3.145.79.94da2