Malam itu, langit kelihatan pekat tanpa bintang. Rina ajak aku ikut COD bukan siang macam biasa, tapi waktu malam, di belakang satu bangunan pejabat yang sudah tutup.137Please respect copyright.PENANASqjcVpE1sU
“Kenapa malam-malam, tempat sunyi pula ni?” soalku sambil ikut langkahnya menyusur lorong sempit di tepi bangunan.
“Sebab lelaki suka misteri. Suasana sunyi buat mereka lebih terbuka. Lebih berani. Dan lebih mudah menerima apa yang kita jual,” jawab Rina sambil senyum penuh makna.
Kami sampai di satu sudut gelap yang diterangi hanya oleh satu lampu dinding. Ada sebuah kereta hitam tunggu di situ. Rina suruh aku berdiri sedikit ke tepi, hanya memerhati.
Seorang lelaki melangkah keluar. Tinggi, kemas, berumur sekitar 30-an. Wajahnya biasa saja, tapi matanya jelas tertarik sebaik melihat Rina melangkah ke arahnya dengan gaya penuh keanggunan.
Rina buka but beg galasnya, keluarkan dua produk.
“Yang ni untuk stamina abang. Kalau ikut dos betul, malam ni abang akan rasa macam pengantin baru. Tapi abang kena ingat… jangan pandang ringan kuasa jamu ni.” kata Rina lembut
Suara Rina merendah. Pandangannya lembut tapi terarah. Tangan halusnya mengusap label botol sambil menerangkan fungsi satu per satu. Suasana sunyi membuat suara dan gerak tubuhnya lebih menyerlah. Lampu yang samar memantulkan bayangan tubuh Rina ke dinding cukup untuk buat mata lelaki itu tak lepas memandang.
“Kalau abang ambil ni malam ni, esok pagi pun masih terasa. Isteri abang confirm tersenyum sampai ke dapur.” kata Rina
Lelaki itu tergelak kecil, tapi jelas matanya berubah. Ada nafsu yang bergelora dalam pandangan itu. Tapi Rina tidak menggoda secara murahan. Dia kawal permainan. Dia kendalikan situasi. Dia beri cukup untuk memikat, tapi tidak lebih dari itu.
Lelaki itu terus hulur wang tanpa banyak soal.
“Saya ambil dua. Kalau jadi macam awak cakap, minggu depan saya order lagi.” kata lelaki itu
Rina senyum, hulur barang, dan melangkah semula ke arahku. Lelaki itu masih tercegat, seperti masih terpesona dengan momen sebentar tadi.
“Kau nampak?. “Aku tak perlu buka apa-apa, Ita. Aku cuma buka ruang.” tanya Rina perlahan
Aku hanya mampu angguk. Nafasku tak teratur. Mata aku masih terpaku pada bayangan tadi cara Rina bercakap, gerak tubuhnya, kawalan emosinya… semuanya seperti sebuah seni yang halus dan menggoda.
“Aura feminin kita ni bukan untuk dijadikan bahan mainan, Ita. Tapi senjata. Lelaki mudah percaya bila mereka rasa dihargai dan... teruja dalam masa yang sama. Itu kunci untuk buat mereka membeli tanpa fikir panjang.” kata Rina
Malam itu, aku sedar satu perkara.
Aku bukan sekadar ikut Rina untuk belajar berniaga.
Aku sedang membuka pintu baru dalam diri aku pintu yang selama ini terkunci rapat oleh rasa takut, rasa malu… dan rasa terbiar sebagai seorang isteri.
Dan bila pintu itu terbuka…
Aku tak mahu tutupnya lagi.
ns3.133.141.175da2