
Jam menunjukkan 3:04 pagi.115Please respect copyright.PENANA7XvyAqVAOG
Aku tersentak dari lena dek getaran telefon yang tak berhenti. Mata masih kabur, aku capai telefon dan tatap skrin dengan hati separuh sedar.
> “Kak… tolong ya. Saya perlukan ubat tu sekarang. Akak dah tidur ke? Sanggup bayar dua kali ganda. Tolong kak…”
Aku tarik nafas dalam. Dah biasa menerima mesej lewat malam, tapi yang ini nadanya terdesak. Sebagai penjual, aku tak boleh pilih waktu. Peluang kadang datang bila kita sedang lena.
> “Kalau betul nak, datang simpang hujung rumah. 50 meter dari sini. Boleh?”
Tak sampai lima minit, satu lagi mesej masuk. Pelanggan itu sudah sampai. Aku bingkas bangun, tangan pantas menyisir rambut. Dalam kesamaran cahaya lampu bilik, aku capai produk yang diminta dan bersedia untuk keluar.
Langkahku terhenti sejenak bila aku sedar aku hanya memakai jersi bola yang nipis, dan bra telah aku tanggal sebelum tidur tadi. Baju itu melekap pada tubuh, menonjolkan bentuk yang aku sendiri rasa sedikit segan jika terlihat.
> “Nak patah balik tukar pakaian… atau teruskan saja?” bisik hati.
Aku pilih yang kedua. Pelanggan sudah menunggu.
Langkahku perlahan menyusuri jalan kecil ke hujung simpang. Malam yang sejuk, angin menderu perlahan, membuatkan setiap deria tubuh terasa lebih peka daripada biasa. Lampu kereta terpasang suram. Dia duduk di dalam, menanti seorang lelaki muda, barangkali awal 20-an, wajahnya polos tapi jelas penuh debar.
Aku berdiri di tepi tingkap keretanya. Dia turunkan cermin, mata kami bertentang buat pertama kali. Matanya sedikit membulat mungkin terkejut, mungkin tak sangka penjual di tengah malam ini adalah wanita dengan tubuh yang... tak biasa-biasa.
> “Ni ubatnya… ambil dua biji je sekali makan ya.”
Aku hulurkan bungkusan kecil. Dia sambut dengan tangan yang kelihatan sedikit menggigil. Wang RM100 dihulur tanpa banyak soal.
> “Akak bagi dua kan? Saya bayar lebih.”
Aku senyum nipis. Senyuman seorang wanita yang tahu, kadang tubuh dan gaya bicara lebih kuat dari kata-kata.
> “Akak cuma jual satu. Tapi awak bagi lebih… mungkin sebab awak terdesak. Atau sebab akak nampak lebih meyakinkan?”
Dia ketawa kecil. Ada malu dalam renungannya, tapi dia tetap berani mencuri pandang. Pandangan itu bukan kasar, tapi penuh ingin tahu. Dan aku… aku biarkan saja. Kerana malam ini aku bukan sekadar penjual ubat. Aku seorang wanita yang sedang menikmati detik dirinya dihargai, dilihat… dan diingini.
> “Terima kasih kak… Saya tak sangka penjual macam ni… cantik.”
Aku senyum lagi. Wajahku tenang, tapi dalam dada, ada debar yang tak aku duga. Ada sesuatu dalam cara dia menyebut “cantik” yang tak sama dengan pujian biasa.
> “Jaga diri… dan jangan lupa minum air banyak bila makan ubat ni.”
Aku undur langkah, membiarkan tubuhku ditelan gelap. Tapi aku tahu mata dia masih memerhati. Dan aku… terasa satu nikmat baru dalam menjadi wanita bukan kerana baju yang ketat, tapi kerana keyakinan yang perlahan-lahan mengubah segalanya
ns13.58.156.237da2