Sudah dua jam aku memerhati profil-profil di Omo dan MChat. Notifikasi masuk berselang-seli ada yang sopan bertanya tentang produk, ada juga yang menegur dengan nada menggiurkan. Tapi aku sudah belajar menapis. Seperti kata Rina, bukan semua perhatian perlu disambut, cukup sekadar memilih yang boleh dijinakkan.137Please respect copyright.PENANAsc7tZ2Mb2q
Satu mesej singgah, membawa nama Azril. Profil ringkas, wajah bujur sirih dengan jambang kemas. Gambar formal tapi dengan pandangan mata yang seperti tahu membaca niat. Perbualannya bermula sopan, tapi lama-kelamaan… ada rasa lain yang terselit di sebalik ayatnya.
“Saya cari produk tahan lama. Tapi saya rasa akak pun pandai buat lelaki rasa bertahan lebih dari sekadar fizikal.” mesej dari Azril
Ayat itu membuatkan hujung jariku hangat di skrin. Aku senyum nipis.
“Kalau betul caranya, bukan saja badan... perasaan pun boleh bertahan, abang.” balasku
Perbualan kami jadi lebih lembut, lebih perlahan seperti bisik-bisikan senja. Dan malam itu, Azril mahu jumpa COD pertama aku secara personal.
---
Aku pilih memakai kain kurung moden yang sederhana ketat, rona lavender lembut, dengan selendang ringan menutupi bahu. Biar sopan, tapi cukup membalut lekuk yang lelaki biasa cari. Rina pernah kata, “Jangan tunjuk semua. Tapi tunjuk cukup buat mereka terfikir lebih.”
Lokasi kami parkir berhampiran taman kecil, agak tersorok tapi terang cukup untuk lihat wajah.
Bila aku tiba, Azril sudah sedia menunggu. Dia keluar dari kereta perlahan. Tinggi. Bersih. Wanginya seperti gabungan maskulin dan misteri. Bila dia berdiri di hadapanku, mata kami bertemu dan di situ, aku tahu permainan sudah bermula.
“Akak… dalam gambar pun cantik. Tapi depan mata… lain benar tarikannya.” kata Azril memujiku
Aku tunduk sedikit, senyum. Aku hulur produk.
“Abang nak yang kuat luar dalam. Ini sesuai sangat. Tapi ingat, yang kuat bukan ubat… tapi siapa yang makan.” kataku
Dia sambut botol dari tanganku, tapi tidak segera melihat. Matanya tetap pada wajahku.
“Kalau semua penjual macam akak, saya rasa… ramai lelaki akan sihat selalu.” ujar Azril
Aku ketawa kecil. Suara aku aku rendahkan, biar masuk ke ruang antara kami tanpa menyentuh secara nyata.
“Sihat bukan sebab ubat, tapi sebab cara kita ‘disentuh’ sebelum makan ubat tu, abang…” jawabku
Tanganku berpaut pada beg silang, jari aku perlahan mengusap label produk di tangannya.
“Ambil malam ni, lepas makan… rehatkan badan. Bila rasa tu naik perlahan-lahan, jangan tahan. Biarkan dia kuasai. Tapi jangan lupa… bayangkan siapa yang bagi abang rasa tu.” kataku lagi entah mengapa aku boleh berkata begitu
Azril tergamam sebentar. Nafasnya seperti berubah tempo. Tangannya masih menggenggam botol, tapi matanya… seolah tak mahu lepas dari leher dan bahu aku.
“Kalau saya bayang akak, nanti saya nak repeat order setiap minggu.” jawab Azril berani
Aku hanya senyum. Tapi kali ini, lebih lembut… dan lebih dalam.
“Kalau abang betul-betul puas, nanti kita sembang cara makan seterusnya. Setiap orang lain kesan dia. Macam cinta, bukan semua rasa sama, kan?” jawab aku spontan
Dia ketawa perlahan, tapi jelas ada sesuatu yang bergerak dalam nadanya.
“Akak ni… macam bukan sekadar jual produk. Akak bagi pengalaman.” kata Azril lagi
Sebelum aku berundur, aku sempat menjawab "kalau abang rasa pengalaman tu berbaloi… simpan nombor akak baik-baik. Lain kali, abang mungkin nak lebih dari satu jenis rasa.” kata aku
Aku melangkah semula ke kereta dengan perlahan, seperti angin yang menyapu malam. Di belakangku, aku tahu Azril masih berdiri, masih mengingati setiap perkataan, setiap getar dalam nada aku.
Dan malam itu, aku tahu
aku bukan lagi hanya isteri yang sunyi di rumah.
Aku sudah jadi wanita yang tahu
bagaimana ‘menjual’ dengan lebih dari sekadar barang di tangan.
ns18.119.102.182da2