“Kau nak jual jamu, Ita, tapi bukan macam jual ikan kat pasar,” kata Rina sambil menyilang kaki, duduk penuh gaya di ruang tamu rumahnya yang wangi dengan bau cengkih dan bunga rampai.
Aku duduk di depannya, berdepan dengan meja kecil berisi pelbagai produk dari botol jamu herba, minyak aromaterapi, sampai ke pil tenaga lelaki yang labelnya sahaja dah cukup buat pipi aku panas.
“Orang beli bukan sebab produk saja. Tapi sebab siapa yang jual. Sebab aura. Sebab cara kau pandang mata dia, senyum sikit… gerakkan tangan waktu terangkan… semua tu menggoda tanpa perlu sentuh.” kata Rina
Aku angguk, tapi dalam hati masih ragu. Aku bukan jenis yang suka menonjol. Tapi sejak aku mula rasa diri ini ‘tertinggal’ dalam perkahwinan sendiri, aku tahu aku tak boleh jadi pasif selamanya.
Rina bangun, berdiri di depanku. Dia senyum kecil, lalu mula berjalan ke arah imaginasi pelanggan.
“Contoh, pelanggan lelaki datang tanya pasal ubat kuat. Kau tak boleh cakap direct sangat. Senyum dulu. Pandang matanya lama sikit, tapi jangan nampak gelojoh. Bagi dia rasa kau faham ‘masalah dia’, tapi dalam masa yang sama, kau buat dia rasa selamat.” kata Rina
Dia pusing ke arahku semula. Matanya lembut, tapi tajam. Ada sesuatu dalam pandangan dia penuh keyakinan dan aura menggoda yang tak dibuat-buat.155Please respect copyright.PENANAyIc0o3tVOr
“Contoh ayat, ‘Bang, kalau abang nak cuba yang ni... elok makan malam sebelum tidur. Kalau abang kuat, malam tu pun abang rasa beza.’” kata Rina155Please respect copyright.PENANAYrryzsgNx1
Aku tergelak kecil. “Gatalnya ayat tu.”
“Tak gatal kalau kau sampaikan dengan cara yang betul. Suara kau rendah sikit, tarik sikit hujung ayat. Pandangan jangan lepas. Tangan mainkan produk. Biar dia rasa... macam dia dah pun bayangkan kesannya.” kata Rina
Aku mula ikut. Pegang satu botol jamu lelaki, senyum kecil, dan ulang ayat Rina. Bila aku pandang cermin di dinding, aku sendiri terkejut. Wajah aku lain. Mata aku bercahaya. Ada sesuatu dalam diri aku yang baru… tapi selesa. Macam memang dah lama tunggu nak keluar.
“Haa, itu baru Ita yang aku kenal,” kata Rina sambil tepuk tangan kecil. “Esok kita turun kawasan. Kau ikut aku. Kau tengok, belajar. Lepas tu kau sendiri akan tahu, kau tak perlukan suami kau pun untuk rasa dihargai.”155Please respect copyright.PENANAhZRgJkiCyY
Aku tak jawab. Tapi senyuman aku waktu tu… penuh makna.
Malamnya, aku berdiri di depan cermin. Pakai baju kurung moden yang sedikit ketat di pinggang. Aku pusing kiri kanan. Dada terangkat cantik, pinggang terbentuk kemas. Aku angkat rambut ke belakang, dan senyum.
Ya. Aku memang ada daya. Dan aku tak perlukan siapa-siapa untuk mengesahkan itu.
Esok... aku akan keluar bukan sebagai Ita si isteri yang dilupakan.
Tapi sebagai Ita… wanita yang tahu nilainya, dan bersedia gunakan segala yang dia ada untuk hidup.