Sewaktu aku menyusun tuala di dalam bakul rotan di sudut bilik, aku masih dapat merasakan bayang matanya menyentuh belakang tubuhku. Pandangannya berat, seperti mahu berkata sesuatu tapi lidahnya kaku. Aku sengaja tidak berpaling, biar dia belajar membaca bahasa tubuhku yang diam tapi penuh isyarat.
“Kalau Encik Hadi tak jaga dari sekarang,” ujarku perlahan sambil membetulkan susunan minyak di rak, “lambat laun tubuh tu akan mula merajuk. Kita ni lelaki, perempuan… sama je. Jiwa yang tertekan, tubuh pun akan ikut lesu.”
Langkahnya mendekat. Aku dengar bunyi kain seluarnya bergesel perlahan, dan haruman maskulin, lembut dan hangat mula memenuhi ruang sekelilingku. Nafasnya kini hampir di belakang tengkukku, tapi dia masih diam.
“Urutan Ita tadi... lain dari biasa,” suaranya dalam dan perlahan. “Macam... bukan sekadar urut.”
Aku berpaling, mendongak sedikit memandang wajahnya yang kini begitu dekat. “Sebab Ita tak urut dengan tangan saja, Encik Hadi,” bisikku. “Ita urut dengan rasa. Rasa yang datang dari mata yang memerhati, telinga yang mendengar, dan hati yang faham.”
Dia telan air liur. Jelas di wajahnya ada getar yang bukan hanya fizikal. Mungkin rasa bersalah, mungkin rindu. Mungkin sesuatu yang dia sendiri belum mahu namakan.
Tangannya terangkat perlahan, hampir-hampir menyentuh lengan aku. Tapi dia tahan. Cuma udara panas di antara kami yang kini terasa padat. Aku ambil uncang jamu itu semula dari tangannya, buka sedikit dan tunjuk isinya herba kering, biji manjakani, akar tongkat ali yang aku iris sendiri.
“Kalau Encik Hadi amalkan ni tiap malam sebelum tidur... Insya-Allah, bukan badan je sihat. Nafas pun lebih tenang. Tidur pun lena.”
“Dan mimpi?” Dia bertanya, hampir seperti mencabar.
Aku senyum senget, menggoda tapi tidak terbuka. “Mimpi, itu bukan urusan saya. Tapi kadang-kadang, bila tubuh tenang... yang muncul dalam mimpi tu pun, orang yang sama berulang-ulang.”
Kami saling pandang. Tiada kata-kata, hanya degup jantung yang terasa dalam kesunyian itu. Akhirnya, dia tunduk sedikit, ambil kembali jamu dari tanganku, dan melangkah ke pintu.
Tapi sebelum melangkah keluar, dia sempat berpaling, “Kalau saya datang semula… Ita akan sambut saya?”
Aku tarik nafas perlahan, menggulung semula tuala terakhir ke dalam bakul. “ya saya akan sambut sebab Encik Hadi adalah pelanggan saya”
Dia angguk perlahan, dan pintu tertutup dengan satu bunyi lembut.
Aku berdiri di tengah bilik yang kini kembali senyap. Bau minyak urut, sisa hangat tubuhnya, dan bayang perasaan yang belum diberi nama… semuanya masih tinggal di situ.
Jam menunjukkan tepat pukul 10 malam. Di luar, malam semakin sepi, hanya sesekali bunyi cengkerik dan deruan angin menemani. Di dalam rumah, suasana masih hangat dengan bau lavender dan cendana yang melekat sejak sesi urutan sebelum ini. Aku duduk sebentar di hujung sofa, membetulkan ikatan rambutku yang tadi longgar semasa sesi dengan Encik Hadi.
Rambutku dibiarkan terurai separuh, hanya diikat tinggi separuh ke belakang. Beberapa helaian jatuh bebas di sisi wajah, membuatkan aku tampak sedikit berantakan tapi tetap kemas.
Aku tidak sempat tukar pakaian selepas sesi sebelum ini tak sempat bersolek semula. Tapi mungkin itu juga kelebihannya. Sederhana. Asli. Dan mungkin, lebih menggoda bila tidak dirancang.
Deruman enjin berhenti di luar pagar. Aku bangkit, menoleh ke arah pintu. Getaran halus di dada mula terasa bukan gementar, tapi sesuatu yang lebih liar, lebih berani. Bunyi derapan kaki di luar rumah membuatkan nafasku sedikit tertahan. Tepat seperti dijanjikan, pelanggan kedua malam ini sudah tiba.
Tok. Tok.
Aku melangkah, membuka pintu dengan tenang. Di hadapanku, seorang lelaki berusia awal 40-an berdiri dengan senyuman ringkas. Wajahnya berpetak, berkulit sawo matang dan berjambang kemas. Kemeja biru tua yang dipakainya terbuka satu butang atas, menampakkan sedikit kulit dada yang basah oleh peluh malam. Aura keyakinan melingkari dirinya, tapi matanya mempamerkan penat yang tidak disembunyikan.
“Jemput masuk, Encik Zack,” ucapku sambil melangkah ke tepi memberi laluan. Matanya sempat menjeling ke arah rambutku yang terurai, kemudian jatuh ke bahu dan dada yang masih dibalut jersi ketat itu sekejap, tapi cukup untuk aku tahu dia perasan.
“Terima kasih, Cik Ita. Maaf datang lambat... badan rasa longlai sangat sejak semalam. Lenguh dari tengkuk sampai ke pinggang.”
Aku senyum nipis. “tak apa, Encik Zack. saya pun baru selesai mengurut ni.”
Dia angguk, lalu duduk di sofa sebelum aku menjemputnya masuk ke bilik rawatan. Tapi sebelum itu, dia bersuara lagi.
“Satu lagi... saya nak Ita buat facial juga malam ni. Kulit muka dah kering sangat. Nak rasa… lembut sikit.”
Aku berpaling sedikit, mataku bertaut dengan matanya. “boleh, masuklah bilik dah sedia”
Dia melangkah perlahan, memerhati sekeliling. Lampu dalam bilik urutan dimalapkan, hanya tinggal cahaya dari lilin aromaterapi dan lampu garam di penjuru bilik. Di atas meja sisi, botol-botol minyak urut sudah tersusun kemas, bersama semangkuk kecil air mawar dan kapas untuk sesi facial nanti.
Aku mendekat, berdiri di sisi tilam urut. “Boleh buka baju. Baring mengiring dulu ya, Ita mulakan dengan belakang.”
Tanpa banyak soal, dia buka butang satu demi satu. Aku perhatikan setiap gerakan itu perlahan, sabar, dan ada getar yang tersembunyi di hujung jarinya. Bila dia baring, aku capai botol minyak dan panaskan sedikit di telapak tangan.
Langkah pertama, sentuhan pertama aku ratakan minyak perlahan di bahunya, biar dia tahu, rawatan ini bukan sekadar fizikal.
“Urutan Ita lembut,” aku bisik perlahan, menunduk dekat ke telinganya, “tapi dia akan tembus sampai ke tempat yang paling tegang…”
Encik Zack hanya mengangguk, nafasnya mula berubah irama. Dan aku tahu, malam ini baru sahaja bermula.