Aku fikir urusan malam semalam sudah berakhir di situ saja tapi aku silap.91Please respect copyright.PENANAlFyZmGYPvM
Keesokannya, sewaktu sedang menyusun stok jamu dalam beg tangan untuk slot COD malam nanti, satu notifikasi masuk.
> “Akak… maaf tanya lagi. Cara urut semalam… saya lupa sikit. Masa akak tunjuk tu, saya tak fokus sangat. Asyik tengok akak je…saya bayar kak”
Aku baca dua tiga kali sebelum tarik nafas panjang.
> “Saya boleh ajar semula. Tapi malam ni slot saya penuh sampai tengah malam.”
> “Tak apa akak. Saya tunggu. Pukul 1 pagi pun takpe… asalkan dapat belajar dari akak sendiri. saya pun sanggup bayar kalau perlu bayar".
Aku tak tahu nak marah atau geli hati. Tapi aku tahu jenis lelaki macam ni. Pandai bermain kata, konon nak belajar, tapi niat di balik mata dan suara mereka… aku dah boleh agak.
Tapi satu bahagian dalam diri aku, tetap rasa seronok bila orang tunggu. Bila seseorang sanggup datang jauh hanya untuk pegang jari aku, walau alasan mereka kadang lucu.
Aku balas, “Jumpa dekat simpang rumah. Kalau jadi, mesej saya. Kalau tak, jangan buang masa saya.”
---
Urusan COD malam itu berjalan lancar. Pelanggan semua mudah, bayar tepat, ada yang minta bergambar, ada yang hulur tips. Jam 9.30 malam aku dah sampai rumah. Awal daripada biasa.
Suamiku? Masih tak pulang. Sejak dua hari lepas, katanya ada urusan dengan kawan. Aku tak tanya lebih.
Aku naik ke bilik, mandi air suam, dan biar rambut basah mengurai. Baju tidur aku malam itu ringkas singlet putih yang agak melekap di tubuh, bra merah sedikit kelihatan di bawah kain tipis itu, dan kain batik dililit longgar di pinggang. Bukan untuk sesiapa. Untuk keselesaan sendiri.
Aku berbaring atas katil, scroll media sosial, balas mesej pelanggan, sesekali ketawa kecil tengok gelagat orang. Tapi dalam diam, mata aku sesekali singgah pada mesej pelanggan tadi. Dia belum balas.
> “Ni yang penat ni… dah siap awal, dia pulak sangkut. Kata nak belajar urut sangat…” aku gumam perlahan, sambil membetulkan kain batik yang hampir longgar.
Jam 10.15 malam. Tiada balasan.
Jam 11.00 malam. Masih diam.
Aku hampir terlena di atas katil. Bau losyen malam masih segar di lengan. Lampu bilik suram, hanya sinar dari telefon menerangi wajahku.
Dan kemudian, mesej itu muncul.
> “Akak… saya dah on the way. Tunggu saya lima belas minit je. Maaf sangat, ada hal keluarga tadi.”
Aku hanya taip: “Ok. Simpang rumah.”
Dan kini, satu malam lagi aku bersiap bukan dengan niat untuk menggoda, tapi kerana sudah terbiasa. Terselindung di sebalik singlet dan batik lusuh, masih ada seorang wanita yang tahu caranya untuk buat lelaki tidak lupa.
Dan kali ini… aku tahu dia datang bukan kerana minyak itu saja. Tapi kerana sentuhan semalam masih terasa.