87Please respect copyright.PENANATU23eQIaTh
Suatu malam, aku sedikit letih. COD lewat sangat, pelanggan terakhir katanya pengguna minyak urut lelaki minyak ‘kuat’. Aku hampir tolak, tapi dia ulang mesej tiga kali.
> “Nak beli dua botol. Tapi nak tahu cara urut betul. Boleh akak ajar sikit?”
Aku balas ringkas. “Boleh, jumpa dekat kawasan pasar dekat simpang tiga jam 10.”
Aku sampai dulu. Tak lama kemudian, kereta hitam berhenti betul-betul di sebelah. Cermin diturunkan sedikit, dan dari dalam, dia pandang aku dengan senyum yakin.
Aku berdiri di sisi kereta, tunjukkan cara urutan guna isyarat tangan. “Ambil minyak sikit, urut dari bawah ke atas… ikut arah ni,” aku luncurkan jari ke arah pergelangan tangan sendiri, perlahan dan bulat.
Tapi dia hanya angguk kecil.
> “Akak... jujurnya saya tak nampak sangat. Boleh masuk kejap tunjuk dalam ni? Lampu dalam lebih terang.”
Aku ragu-ragu sekejap. Tapi bila dia buka pintu sebelah penumpang dan gerakkan kerusinya ke belakang aku teragak-agak, tapi masuk juga. Aku tahu aku masih dalam kawalan.
Dalam ruang kereta yang sempit dan hangat, aku pegang botol minyak. Dia hulurkan tangan.
> “Boleh akak tunjuk betul-betul kat jari telunjuk ni? Sebab saya pakai jari ni selalu untuk sapu,” katanya, nada lembut, tapi mata tajam.
Aku pandang wajahnya, diam sejenak. Tapi dia ulang dengan senyuman yang lebih lembut, “Saya bayar lebih, akak tunjuk saja cara betul…”
Akhirnya, aku sapukan setitik minyak di jari telunjuknya. Pegang tangan itu perlahan, dan dengan hujung jari, aku urut lingkaran kecil, naik turun, tekanan lembut. Tangan aku bergerak perlahan, tepat, seperti yang dia minta.
Dia pandang tangan aku. Nafasnya berubah.
> “Lembutnya tangan akak…”
Aku tak jawab. Hanya senyum tipis, dan teruskan urutan sambil menerangkan teknik. “Penting untuk tak tekan terlalu kuat, biar hangat perlahan-lahan masuk ke kulit…”
Suara aku rendah. Aku tak pasti dia benar-benar dengar kata-kata aku… atau hanya tenggelam dalam rasa yang aku sendiri tak mahu tafsirkan.
Beberapa minit kemudian, dia angkat tangan dari genggaman aku. Ambil dompet, dan hulur dua keping not RM50.
> “Yang satu untuk minyak… yang ni sebab akak sudi ajar. Terima kasih.”
Aku sambut wang itu, masukkan dalam beg. Dalam hati, aku tahu bukan sangat cara urutan yang dia cari. Tapi sentuhan. Tapi aku tak kisah. Aku tak jual diri. Aku jual keyakinan.
Dan malam itu, walau hanya dengan satu sentuhan di jari, aku tahu... aku masih mampu buat seorang lelaki terasa sesuatu yang dia sendiri sukar nak jelaskan.
Dan untuk aku tak rasa rugi pun sambil menjual memberi ilmu dan sedikit sentuhan membuahkan hasil tak sampai 10 minit. betul kata Rina aku mampu lakukan ini.
87Please respect copyright.PENANAwsqES8uZrp