"ooo macamtu ek, beria betul dia kerja ek. saya taktahu pulak" kata Faris.
"dia bersungguh-sungguh cari duit, Faris. Ha.. awak ingat tak, BangMi selalu call awak dulu, waktu subuh dalam 6pagi suruh datang kedai sebab ada stok ikan sampai. awak ada datang? sekali je kan dulu awak datang, lepastu dah siap bawak turun ikan, awak balik semula rumah. Masuk semula kerja pukul 8pagi kan? ingat?" tanya KakNia
"ha'ah ingat, perghh telefon orang tengah sedap tidur. saya ni biasa bangun 7.30 pagi, siap² terus pergi kerja. memang saya balik dulu la waktu siap turun stock baru pukul 6.30pagi, awal lagi. saya pun balik lah sempat lagi saya tidur sekejap." jawab Faris
"haa.. lepas tu tiapkali stock sampai, awak tahu siapa yang pergi? Aman.Kalau Aman dia datang 6 pagi tu lepastu dia terus prepare buka kedai sediakan barang² tempat kerja awak, mop lantai sapu halaman kedai terus siap². so dapatlah dia ot 2 jam pagi tu sebelum buka kedai, walaupun dia tak mintak. tapi sebab kerajinan dia and bagi KakNia dia ni letakkan komitment yang tinggi dalam kerja dia. Lepastu sebenarnya kalau ada stock sampai awal pagi macamtu, BangMi akan pergi sekejap ke kedai lepas turunkan stock dalam pukul 7 sebelum dia masuk kerja. Itu hari awak terus balik rumah lepas turun stock, BangMi tengok awak takde so KakNia bagi awak RM 5 jelah kira ot sejam walau tak sampai 15 minit pun kerja tu. " kata KakNia.
"oo.. kalau macamtu, memang saya tak dapat lah nak follow style Aman bekerja." jawab Faris.
"boleh, kena kurangkan enjoy sedikit, lebih fokus pada kerja. Sebab KakNia tahu awak semua nak gaji besar tapi memang kena ada pengorbanan lah sedikit" kata KakNia
"tengoklah dulu macamana KakNia. so yang pasal anak-anak KakNia tu apa pulak masalahnya?" tanya Faris
"pasal anak-anak KakNia, ada 4 orang. Mimi, AbangNgah, Hamzi and Arif. Seorang kalau diorang datang sini tak kisah buat kerja atau tak, diorang dikira bekerja. Seorang sama gaji dengan awak orang pekerja sini lah. Mimi RM40, Abangah RM40, Hamzi RM40, Arif RM40. So total gaji anak-anak KakNia sahaja dah RM160 untuk sehari." kata KakNia
Faris ternganga kebingungan.
"laaa.. berbayar ek? patutlah itu hari Aman ada cerita, saya ingatkan Aman buat-buat cerita." kata Faris
"Abangah dengan Arif tu kalau datang pun sabtu ahad je." jawab KakNia
"datang 5minit kira ke tak?" tanya Faris
"eh kira lah, selagi turun kawasan kedai tetap dikira" kata KakNia
"patutlah dulu Aman bengang sikit dengan anak-anak KakNia. waktu KakNia delivery ke KL dengan BangMi, BangMi cakap ada banyak order and anak² Kaknia akan datang buat bahagian order banyak tu. Tapi diorang datang duduk dalam kereta je, lepastu keluar tengok² kawasan kedai tak sampai 5minit ambil gambar dekat kedai pastu balik terus. Kiranya tu diorang dapatlah gaji RM40 seorang, walaupun Aman and saya yang siapkan kerja diorang? Kitorang dapat basic sahaja?" tanya Faris
"ha'ah betul lah tu Faris. yang tu lah kitorang sedikit sebanyak sedar, kamu dengan Aman kerja teruk. KakNia teruk membayar upah anak-anak Kaknia yang tak buat kerja pun." kata KakNia
"oh sekarang baru saya faham, kenapa Aman tak bagi tambah pekerja. Biar kitaorang kerja teruk sikit takapa, bayar dekat kitaorang je ot sikit daripada bayar pekerja lain tapi last² yang teruknya saya dengan Aman jugak." kata Faris
"salah Kaknia dari awal sebab buat perjanjian macamtu dengan anak-anak Kaknia. tapi nasi dah jadi bubur and dah terlajak perahu boleh diundur terlajak kata ni... " kata Kaknia
"baru saya faham" kata Faris
"ada lagi, awak ingat tak? awak selalu ajak Aman cuti. awak segan nak minta cuti, BangMi takbagi cuti hari yang sama. awak selalu suruh Aman cuti awal sehari dari awak atau selepas awak cuti. ingat?" tanya Kaknia
"ingat.. kenapa?" tanya Faris
" Sebulan Kaknia peruntukkan korang cuti seminggu sekali atau 4 hari sebulan. Terpulanglah awak nak cuti hari apa, nak cuti straight 4 hari ke apa ke pandai² lah korang berdua adjustkan" kata Kaknia
"haah. saya memang selalu la ambil cuti seminggu sekali." kata Faris
"ingat tak? Aman pernah kerja 3 bulan tanpa ambil cuti?" tanya Kaknia
"ha'ah ingat, dia taknak cuti sebab nak kejar duit ot RM5 sehari." kata Faris
"rupanya Aman anggap kalau dia kerja juga hari cuti tu dia boleh dapat gaji double atau Kaknia bayar ot untuk 8 jam. So Aman anggap kalau kerja waktu cuti dia akan dapat lagi RM40. Gaji basic dah memang jalan RM40. Dia anggap dapat RM80 lah kalau dia kerja hari cuti dia. Bersungguh Aman tak ambil cuti 3 bulan straight. Tapi Kaknia terusterang tak mampu bayar sebanyak itu, sebab nak bayar anak-anak lagi. Gaji Kaknia and BangMi lagi." kata Kaknia.
"ooo 3 bulan tu, Aman tak dapat lebih lah ye?" tanya Faris
"dapat ot sejam jela. basic and ot sejam. lepastu kalau dia tolong delivery and pack² lepas kerja tu dapat lah sikit" kata Kaknia
"kalau macamni saya tak berapa faham lagi sebenarnya." kata Faris
"takapalah, nanti awak faham lah tu. jangan lupa cari pekerja baru, kalau boleh yang bersungguh-sungguh kerja macam Aman." kata Kaknia
"susah nak cari pengganti macam Aman tu" kata Faris
ns 172.70.130.126da2