*eii.. tak boleh nak tidur dah.. takguna punya jantan (keluh Ana dalam hati)
1 jam kemudian, bas yang dinaiki Ana tiba di TBS.
"hello kak Liya, Ana sampai dah ni kat TBS." Ana menelefon Liya
"hello Ana, ha tunggu jap. akak dah nak sampai TBS ni. akak dah agak dah perjalanan dalam 1 jam lebih sikit je kan" jawab Liya
"okay kak." jawab Ana
"erm awak, saya mintamaaf pasal tadi.." tegur seorang lelaki pada Ana
"awak yang duduk sebelah saya tadi kan? takapalah. benda dah lepas pon" kata Ana
"ermm btw saya Imran, awak?" tanya lelaki tadi
"saya Ana. nice to know you" kata Ana
"erm study ke dekat sini?" tanya Imran
"eh taklah, saya baru nak masuk kerja ikut akak saudara.. ni tengah tunggu dia lah ni jemput" kata Ana lagi
"ouh.. macamtu.. lama lagi ke? kalau lama lagi saya hantarkan boleh, kereta saya ada dekat sana. saya tinggalkan kereta saya dekat sana." kata Imran sambil menunjukkan arah keretanya.
"eh takapalah, susah-susah je. saya ni stay dengan akak saudara nanti. dia pun dah dekat dah ni." kata Ana
"kalau macamtu okelah bye Ana" kata lelaki itu tadi
*pon...pon.... bunyi hon kereta
"Anaa... jom..." jerit Liya
"haa.. ok ok.. " Ana menggalas beg pakaiannya masuk kedalam kereta Liya
"camne penat tak naik bas jalan jauh?" tanya Liya
"takpun biasa je.." kata Ana
"okey.. balik ni kau mandi lepastu kita makan sama². then rest, besok nak kerjakan? bangun awal. lepas subuh kita kena sampai sana dah. boleh?" tanya Liya
"eh.. awalnya.. bukan pukul 8 ke?" tanya Ana
"awal lah.. diorang sana nak sarapan apa pukul 8pagi? diorang sarapan 7 hingga 7.30pagi. kita kena la masak and prepare awal." kata Liya
"okey.. siapp boss.." Ana sedikit teruja esok dia akan mula bekerja.
_______________________________________
Sampai dirumah Liya, Ana terus ke bilik air untuk membersihkan dirinya. Liya terus ke dapur menggoreng nasi untuk dimakan mereka berdua. Setelah siap mandi dan memakai baju tidur, Ana ke dapur makan bersama dengan Liya.
"ada bf dah ke Ana?" tanya Liya
"bf? takde lagi.. kawan² ada lah.." jawab Ana
"yela yang special takde?" tanya Liya
"ermm.. takde lagi.." kata Ana
"carilah sorang.. boleh temankan kau jalan-jalan dekat sini. sini banyak tempat menarik boleh jalan." kata Liya
"eee.. akak jelah temankan." kata Ana
"eh mana boleh, akak dah ada bf. mana boleh ganggu akak dating." kata Liya
"alaa.. saya sorang je.. akak dengan bf akak jalan la berdua, nanti saya berpisah lah dengan akak kalau jalan mana²." kata Ana
"eee tetap tak bestlah Ana, macamana nak bermanja². takde takde. nanti kau carilah kawan ke siapa² bawak kau jalan" kata Liya
"takpe ke?" tanya Ana
"kenapa pulak takboleh? kau ajak berjalan je bukan buat apa" kata Liya
"ermm iya okey kak" kata Ana
_______________________________________
Keesokkan harinya, jam 6 pagi. Ana dan Liya telah keluar rumah menuju tempat kerja mereka dikantin sebuah kem tentera. Jarak dari rumah sewa Liya ke kem tidaklah jauh, hanya mengambil masa 5 minit perjalanan sahaja dengan menaiki kereta.
Sesampai di kantin tempat mereka bekerja.
"Kak, saya nak kena buat apa?" tanya Ana sambil menolong Liya menurunkan barang² dari keretanya.
"tugas kamu handle bahagian depan. jaga makanan and susun² la makanan depan tu nanti. kalau kurang bagitahu akak dekat dapur, and kalau ada free tolong akak pack makanan. akak bahagian dapur" kata Liya
"ouh senang je.." kata Ana
"yea senang je Ana.." kata Liya
Sesudah makanan siap dimasak dan dibungkus. Ana dan Liya menyusun diatas meja panjang dihadapan. Kelihatan pelanggan mereka sudah mula memenuhi kawasan kantin.
"Nasi lemak, Nasi lemak" kedengaran beberapa orang pelatih berbunyi suara
"eh, pekerja baru ke? haaii" Ana ditegur beberapa orang lelaki
"eh Liya mana?" tanya seorang lelaki
"ada dekat dapur" kata Ana
"dik, nak sambal lebih boleh" seorang pelatih meminta pada Ana
"boleh sekejap ye" Ana mengambil bungkusan lalu membawanya kebelakang untuk menambah sambal
"awak ni cantiklah" puji pelatih yang lain
"takde lah biasa je" jawab Ana sambil tersenyum
"mi goreng, mi goreng" kata pelatih lain
"yea.. sekejap yea." jawab Ana
______________________________________
Begitulah rutin harian Ana dan Liya. Mereka bekerja isnin hingga sabtu bermula jam 6 pagi hingga 3 petang untuk cover sarapan dan makan tengahari.
2 bulan berlalu, masa berjalan dengan pantas. Setiap hari Ana akan pulang bersama Liya kerumah sewa Liya. Jam 8malam Liya akan dijemput oleh kekasihnya keluar berduaan dan hanya akan pulang sekitar jam 12 tengahmalam atau 1 pagi.
Suatu hari dikantin..
"kak, akak memang selalu keluar eh? bosanlah Ana.. asyik duduk sorang je dekat rumah." kata Ana
"yea.. dah bf akak tu asyik nak berkepit aje.." kata Liya
"akak biasa ke mana?" tanya Ana
"merata akak pergi, lepak klcc, lepak ampang, sepang, segambut, kalau keluar awal sikit boleh pergi naik genting" kata Liya
"ooo urm taknak bawak Ana sekali ke? dapat join sekali pon jadi lah." kata Ana
"takboleh sorry Ana, kau cari lah kawan² dekat sini. mainlah omo ke tindo ke apa² app kenalan dengan orang baru" kata Liya
"erm ye baiklah kak." kata Ana
Sambil duduk sahaja, Ana mendownload applikasi Omo dan tindo.
Setelah siap bekerja, Ana menolong Liya mengemas barang dan memasukkan barang kedalam kereta Liya.
"Ana, tunggu jap. Akak nak ke tandas sekejap." kata Liya
"okey. ni dah siap, Ana tunggu dalam kereta oke?" kata Ana
"okey, tunggulah dalam kereta dulu. akak ke tandas dulu" kata Liya
________________________________________
Sewaktu menunggu Liya, Ana menurunkan tingkap kereta Liya lalu dihampiri seorang lelaki berbadan agak tegap.
"haii... Ana kan.? saya Hafizul. boleh berkenalan?" tegur lelaki itu pada Ana
Ana yang berada dikerusi penumpang hadapan, menjawab. "ermm.. hai.. yea saya Ana.. boleh je." kata Ana
"umur berapa ni Ana?" tanya Hafizul.
"baru 18 tahun, tengah tunggu result Spm. awak?" tanya Ana
"oishh muda lagi ni ye.. saya 24 tahun ni.. awak boleh panggil saya abang Fizol." kata Hafizul
"ouh abang Fizol okay abang Fizol selamat berkenalan" kata Ana
"boleh minta nombor telefon ?" tanya Fizol
"aaaa... erm.. boleh². catat ye 017294xxxx.
"okay.. dapat nak save adik Ana ke kesayangan Ana ni ek" kata Fizol
"aha.. adik pun takpa hahaha" gelak Ana
ns 172.70.130.150da2