Suatu hari ketika duduk sahaja dirumah sementara menunggu keputusan SPM keluar, Ana meluahkan hasratnya kepada ibunya bahawa dia merasakan ingin mencari pekerjaan.
"ibu, akak rasa nak cari kerja la. tak kisah la apa² kerja sementara, bosanla asyik duduk dekat rumah aje.. sakit² badan dah ni" kata Ana
"kamu nak kerja apa Na? orang kerja nak kan sijil SPM tu, duduk ajela dekat rumah dulu" kata ibunya
"alaa.. akak tak kisah pun kerja apa, kedai makan ke cuci pinggan ke sekurang-kurangnya dapat jugak duit poket" kata Ana
"haaa... iyelah, ibu rasa akak saudara kamu si Liya tu nak pakai pekerja rasanya. dia ada cerita dekat ibu itu hari. kamu tanyalah dia, boleh kamu duduk dengan dia" kata ibunya
"okeyy ibu terimakasih ibu.. sayang ibu.." kata Ana sambil berlari masuk ke biliknya.
_________________________________________
"hello kak Liya, buat ape tuu...?" Ana menelefon akak saudaranya Liya
"hello Ana, ha tak buat apa pun. baru siap beli bahan² untuk kantin esok. kenapa Ana?" jawab Liya
"nak tanya, tadi ibu ada cakap akak nak cari pekerja betul ke?" tanya Ana
"ha'ah nak cari seorang lagi backup tempat akak dapat kontrak ni. kenapa ada kenalan nak kerja ke?" tanya Liya
"ehehehe.. saya nak kerja dengan akak boleh?" tanya Ana
"eh.. awak sure ke? dah tanya ibu dengan ayah? jauh ni Selangor bukan Pahang tau." kata Liya lagi
"alaa.. dah mintak izin ibu dah, nanti dekat ayah tu ibu cakapkan. ayah mudah je, ibu je yang susah sikit. kalau ibu bagi greenlight kira oke la tu" kata Ana
"haaa.. okay.. boleh², bila nak datang?" tanya Liya
"secepatnya.. hehehe" kata Ana
"kalau macamtu, harini jumaat. esok sabtu. ha ahad lah datang boleh? isnin start kerja." kata Liya
"boleh, boleh.. yeayy dapat kerja.. so akak jemput ke?" tanya Ana
"eh akak tak sempat nak balik ni Ana. Awak naik bas boleh nanti akak jemput dekat TBS. boleh?" tanya Liya
"okay.. boleh je akak. dont worry nanti apa² saya bagitahu pukul berapa nak jemput okay?" kata Ana
"okay Ana, jumpa ahad nanti. jangan tak jadi pulak tau.. bye" kata Liya
"bye² akak." jawab Ana
-------------------------------------------------------------
Ana keluar dari biliknya sedikit melompat keriangan.
"ibu..ibu.. dapat.. yeayyy" kata Ana sambil memeluk ibunya
"iyelah. duduk tempat orang jaga diri, jaga makan, elok² duduk sana nanti tau, tumpang rumah Liya tu nanti tolong juga buat kerja rumah, jangan asyik main telefon aje" kata Ibunya
"alaa.. kite tahu la ibu, kite pergi eh ibu" kata Ana
"yea.. pergilah kak." kata Ibunya
"nanti ahad ni hantar akak dekat stesen bas ye, Kak Liya takdapat jemput. dia cakap nanti dia jemput dekat TBS." kata Ana
"iyelah. kamu tu hati-hati naik bas tu, kamu tu belum pernah lagi kan pergi jauh sorang." kata Ibunya
"iya ibu.. alaaa ibu ni, kite dah besar lah bukan budak-budak lagi" kata Ana
"iyela, ibu ni pesan je. manalah tahu kamu tu seronok sangat dapat tinggalkan kampung ni, haa baru masuk ke bandar tu dah lupa diri tu" kata ibunya
"alaa.. ibu ni, akak pergi kerja tu sekejap je sementara nak dapat sijil SPM je. dah dapat sijil nanti akak balik la cari kerja dekat² sini okay ibu" pujuk Ana
"iya.. ibu tak kisah pun, ibu cuma pesan aje." kata ibunya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hari berlalu dengan cepat. Hari yang dinantikan Ana telahpun tiba iaitu hari Ahad.
"Anaa... tiket pukul berapa?" tanya ayah Ana
"pukul 8.15 malam ayah" jawab Ana
"sekarang pukul 7.40 boleh dah kita bertolak ni" kata ayahnya
"okayy jom ayah" kata Ana
______________________________________
didalam kereta ..
"nanti pergi sana duduk elok², kalau ada orang kacau bagitahu ayah. kalau ada yang nak mengorat, bagitahu ayah. kalau boleh kamu nak kerja kan? kerja dulu soal cinta² ni letak tepi dulu. berkawan tu tak salah, tapi bab bercinta kalau takde niat nak kawin ni tunggu-tunggu lah dulu ye kak" kata ayahnya
"eeee... iye ayah.. akak pergi sana bukan nak bercinta. akak kan nak cari duit" kata Ana
"ayah tahu.. ini ayah ingatkan je.. pesan tak salah kan" kata ayahnya
"iye ayah akak tahu" kata Ana
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Sampai di terminal bas, Ana terus bersalaman dengan ayahnya dan menaiki bas yang sudahpun berada disitu. Ana berasa amat lega dapat meninggalkan kampung halamannya dan akan merantau jauh dari keluarganya.
Ana memeriksa tiketnya dan mendapati kerusinya dibelakang dan ditepi tingkap.
"harap-harap sebelah aku ni seat kosonglah" kata Ana sambil meletakkan beg galas dikerusi sebelahnya.
Ana duduk dikerusinya dan mencari keberadaan ayahnya serta melambai² kearah ayahnya. Setelah ayahnya masuk kedalam kereta, Ana mula memakai airpod ditelinga sambil mendengar lagu.
Ana memerhatikan seat didalam bas pada mulanya banyak kosong sudah hampir penuh diduduki penumpang lain.
"ramai juga orang ek, dah nak penuh seat dalam bas ni." kata Ana
Tiba-tiba seorang lelaki berbadan sedikit tegap berdiri dikawasan seat Ana.
"excuse me? ada orang ke? ni seat saya" kata lelaki itu.
"erm takada , sorry." kata Ana sambil menurunkan beg galasnya.
"thankyou..fuh nasib baik sempat" kata lelaki itu sambil duduk disebelah Ana
Keadaan didalam bas mula gelap gelita kerana bas sudah mula bergerak.
30 minit bas bergerak, Ana mendengar lagu sambil memerhati ke luar tingkap bas. Sekali sekala dia memerhatikan sekeliling, kebanyakkan orang mungkin tidur kerana jika bermain telefon pasti ada kelihatan sedikit cahaya.
Ana melihat lelaki disebelahnya tadi juga sedang tertidur, kepalanya sedikit condong kearah Ana. Ana merapatkan tubuhnya ke tingkap bas supaya badan lelaki itu tidak terkena padanya. Malang tidak berbau bagi diri Ana, kini lelaki itu tersandar rapat dibahu Ana. Ana agak ketakutan hanya mendiamkan diri, nak dikejutkan takut. nak ditolak tubuh lelaki itu juga dia takut, jadi Ana memilih untuk mendiamkan diri sahaja.
Ana hanya memandang ke luar tingkap sahaja, tiba-tiba dia merasakan lelaki itu membuat pergerakan. Sewaktu Ana memandang, alangkah terkejutnya lelaki itu sedang tidur sambil menghadap Ana.
Ana sekali lagi pasrah hanya mendiamkan diri dan mengeraskan badannya. Lama kelamaan akibat tidak bermain telefon, Ana juga mulai mengantuk dan terlelap.
5 minit Ana terlelap, Ana terjaga kerana terasa amat sejuk. Ana menutup aircond yang berada di atas kepalanya. Ana memandang lelaki disebelahnya dengan sedikit perasaan annoyying. Kelihatan lelaki itu sedang tidur sambil menyilangkan tangannya.
Ana sekali lagi hampir terlelap tetapi sesuatu menganggunya untuk tidur. Sesekali dapat dirasainya, siku lelaki disebelahnya sekali sekala mengenai bahagian tepi buahdada Ana.
"eii dia, tidur ke ambil kesempatan" kata Ana perlahan.
Tiba-tiba tangan lelaki itu tepat jatuh ke atas buahdada Ana yang agak berisi. Ana terkejut lalu menyiku pinggang lelaki disebelahnya.
"aduhh.. weii kau ni kenapa cik?" tanya lelaki itu
"kau tu kenapa! ambil kesempatan" kata Ana
"kesempatan apa? " tanya lelaki itu.
"ini apa?" Ana menunjukkan tangan lelaki itu yang masih berada diatas buahdadanya sambil menepis tangan lelaki itu.
"er...err...sorry.. sorry. aa..aku tak sengaja.." kata lelaki tu tergagap gagap.
"tak sengaja konon, aku kalau saman kau teruk kau.!" kata Ana
"wehh.. aku betul mintamaaf aku tak sengaja" kata lelaki itu.
"yelah kau nak tidur kau hadap sebelah sana, jangan dekat dengan aku" kata Ana
"yea.. yea terimakasih" lelaki itu terus berpaling membelakangi Ana.
ns 108.162.216.225da2