Tengah hari itu, aku berjalan kaki pulang kerumah setelah tamat waktu persekolahan. Mulutku tak henti-henti membebel disepanjang perjalanan. Semua ini gara-gara abangku Azri yang pergi keluar melepak bersama sepupuku, Faiz. Sepatutnya aku pulang kerumah bersama dengan mereka. Memang menjadi kebiasaan kami bertiga akan pergi dan balik bersama-sama menaiki motosikal. Tetapi hari ini Abang Azri menyuruhku pulang sendiri. Belum sempat aku berkata apa-apa, dia sudah berlalu meninggalkanku di depan pagar sekolah tadi.
7825Please respect copyright.PENANAVAn1KpUlYs
"Hisyy geram betul la dengan Abang Azri ni. Kalau ye pon nak melepak, hantar la aku balik dulu. Kalau tak pon, bagi la motor tu kat aku. Dia boleh naik dengan Faiz ape? Ni tak pasal-pasal aku kena balik jalan kaki. Siap la...aku ngadu kat atuk." aku membebel panjang. Sakit betul hatiku. Tak semena-mena aku terpaksa berjalan. Sudahlah jarak dari sekolah ke rumah atukku hampir dua kilometer jauhnya.
7825Please respect copyright.PENANANA3GD90NnK
Sedang aku berjalan, sebuah kereta menghampiriku dari berlakang. Aku berganjak ketepi jalan, memberi laluan.
7825Please respect copyright.PENANALNhJgaXz5P
"Hai Izzah. Baru balik sekolah ke?" seorang lelaki menegurku sejurus menurunkan cermin kereta.
7825Please respect copyright.PENANACAIphpQzDi
"eh abang Daus. Haah. Baru balik". Jawabku ramah.
7825Please respect copyright.PENANAgL7vBg2wQA
"Kenapa jalan kaki? Azri dengan Faiz mana?" Tanya abang Daus.
7825Please respect copyright.PENANA1mRvnL3tUu
"Diorang pergi pekan kejap lepas balik tadi. Izzah malas nak ikut. Nak balik cepat." aku berbohong. Padahal memang aku dendam dengan mereka sekarang ni.
7825Please respect copyright.PENANAVE2fdTkjnw
"Laa yeke? Jom la naik. Abang hantar balik. Panas ni." Abang Daus menawarkan.
7825Please respect copyright.PENANA9EKsbtY35C
"Eh takpa la bang. Rumah kat depan tu je. Nak sampai dah." Aku menolak. Segan. Lagipun memang rumah atukku hanya beberapa puluh meter je lagi didepan. Takkanlah aku nak naik. Tak puas la naik kereta dekat-dekat. Hehehe.
7825Please respect copyright.PENANAprMHWHhYW6
"Kalau camtu oklah. Baik-baik jalan tu. Kirim salam kat Abang Wan." abang Daus berkata sebelum berlalu pergi.
7825Please respect copyright.PENANAJZEvlNKcGy
Aku meneruskan perjalanan. Cuaca hari ini betul-betul menguji keimanan. Basah baju kurung putihku akibat berpeluh.
7825Please respect copyright.PENANAF7zcQ7xhk4
"Fuhh..sabar Izzah. Sabar. Nak sampai dah."
7825Please respect copyright.PENANA3sCQbyTCoE
****
7825Please respect copyright.PENANAS5lyuT4z2u
Aku meletakkan kasut sekolah ku di rak. Baru sahaja aku ingin melangkah masuk, terdengar suara menegurku dari dalam.
7825Please respect copyright.PENANAvxgzIrSiae
" Lambat kau balik hari ni Izzah? Pergi merayau kemana?"
7825Please respect copyright.PENANATSsUy1gJ2J
Aku mula membuat muka. Aku kenal sangat dengan suara itu. Siapa lagi kalau bukan mak long. Hubungan aku dengan mak long tidak berapa baik sejak beberapa bulan lepas. Semuanya kerana dia berasa cemburu melihat aku yang rapat dengan pak long. Entah apa yang difikirkannya, aku pun tak tahu.
7825Please respect copyright.PENANATjfYupwu6f
"Merayau apanya? orang balik jalan kaki lah." aku menjawab. Sedaya upaya aku mengawal nada suaraku. Walaupun aku tak berapa berkenan dengan perangainya yang cemburu buta itu, namun aku masih lagi menghormatinya sebagai mak saudaraku.
7825Please respect copyright.PENANAch9uabAu5H
" kau nak kemana tu? Aku tak habis cakap lagi ni." mak long bertanya keras apabila melihat aku segera menuju ke bilik.
7825Please respect copyright.PENANADXbJLZE9mM
Sengaja aku pekakkan telinga dan segera menutup pintu bilik. Bukan mahu bersikap biadab, tetapi aku tau kalau aku melayan nanti, keadaan akan menjadi buruk. Bukannya aku tidak pernah bertikam lidah dengan mak long sebelum ini.
7825Please respect copyright.PENANACKQYvamHGI
Aku menaggalkan tudung putihku dan menyangkutnya di tepi almari. Kemudian aku merebahkan tubuhku diatas tilam. Kipas kuhalakan tepat kearahku dengan kelajuan maksimum.
7825Please respect copyright.PENANAHnZkUppnxd
"Hmmm sedapnya dapat baring.. Bila la bilik aku nak siap ni.?" aku berkata didalam hati. Selama ini aku hanya berkongsi bilik dengan sepupuku, Kak Ida. Mujurlah bilik ini agak besar. Aku hanya tidur di atas tilam beralaskan lantai. Manakala Kak ida pula tidur di katil bujang dihujung sana. Aku tidak kisah berkongsi bilik sebenarnya, tetapi mendengar janji pak long yang hendak membuat bilik untuk aku, aku hanya mengikut sahaja. Lagipun, siapa yang tak suka dapat bilik sendiri? Bebas bergerak sesuka hati. Nak berbogel boleh. Mungkin dalam beberapa minggu, renovation akan siap.
7825Please respect copyright.PENANAvFbHmtWc0I
Sedang aku sedap berbaring sambil dihembus angin kipas, terdengar ketukan dipintu bilikku.
7825Please respect copyright.PENANApm81HDLq5I
"Izzah..buat apa kat dalam tu? Mari makan." terdengar suara atuk memanggil dibalik pintu.
7825Please respect copyright.PENANA3LDK0VRir3
"Izzah tak lapar." jawabku pendek. Merajuk.
7825Please respect copyright.PENANAZTksB8O7wO
" Jangan la macam tu. Tak payahla ambik hati dengan mak long kamu tu. Dia memang macam tu. Dah. Tak payah hiraukan dia. Atuk ada. Adik kamu Azman pon dah tunggu tu. Mari la makan sekali." atuk memujuk lembut diluar. Sejuk terus hatiku. Atuk memang pandai memujuk aku. Tanbahan pula, hubungan atuk dengan mak long juga tidak berapa baik. Menurut ibuku, atuk pada mulanya tidak setuju dengan perkahwinan pak long dan mak long. Sebab apa, tidak pula ibu beritahu. Cuma semenjak dua menjak ini sahaja hubungan mereka baru hendak berbaik.
7825Please respect copyright.PENANAM462eUOW5n
" Yela. Kejap lagi Izzah datang." aku akhirnya mengalah. Perutku juga sudah berbunyi sejak tadi. Sudahlah disekolah tadi aku tidak makan. Mujurlah atuk pujuk, kalau tidak mati kelaparan lah aku.
7825Please respect copyright.PENANAwNUtHzKrdq
Note:
Masih lagi diperingkat permulaan. Author nak pembaca kenal dengan latar belakang Izzah terlebih dahulu. Watak dan karakter masih lagi sedang dibina. Yang pasti author harap korang semua enjoy dengan cerita ni dan teruskan support karya author k.
7825Please respect copyright.PENANA5L0C7bDFIX
-Ratu@OpenLegGirl.
7825Please respect copyright.PENANAjEgJNIXCVL