Keesokkan harinya, hari yang dinanti-nantikan oleh Faris. Kemunculan semula kedua majikannya dikedai.
"selamat pagi KakNia. Awal sampai harini, BangMi selamat pagi." tegur Faris
"pagi, Aman mana?" tanya KakNia serentak dengan BangMi
"tu ada kat dalam" kata Faris
Faris memandang Hamzi sambil tersenyum "standby la, popcorn ada beli tak?" kata Faris
"takde mana sempat nak beli" kata Hamzi
"bangang kau ni, takpela tengok jelah kejap lagi" kata Faris
"Aman, petang nanti lepas tutup kedai tunggu sekejap. ada benda nak borak sikit, Faris nanti boleh terus balik" kata BangMi
"aduhh bukan sekarang ke, tak kira balik nanti aku nak tengok juga" kata Faris kepada Hamzi
"Petang nanti ingat Aman, kitaorang pergi hantar barang dulu ni sekejap" kata BangMi
KakNia dan BangMi tiada dikedai, mereka membuat penghantaran ke KL.
"Aman, backup aku Man. Aku kena siang 400kg ikan ni, aku nak siapkan kolam untuk ikan baru nak masuk. aku nak tukar air semua dulu ni, kau buat dulu nanti aku dengan Hamzi backup susun sayur tu dalam peti" kata Faris
Aman tidak berfikir panjang demi kedai bekerjasama tolong menolong apalah salahnya, sebaik siap menyiang ikan jam 12 tengahari. Aman ke tandas dan sebaik keluar dari tandas Faris dan Hamzi sedang menyusun ikan kedalam store frozen.
Kebetulan juga BangMi dan KakNia sampai dikedai.
"wahh macamni la bagus, laju buat kerja siang ikan ya.. kalau macamni punya bagus boleh dapat bonus la" kata BangMi tersenyum lebar.
Aman yang baru sahaja keluar dari tandas, berdiri sebentar melihat Faris dan Hamzi sibuk membungkus ikan dan menyusun didalam store frozen. Sebaik BangMi lalu dibelakang Aman sambil memasuki kedai, BangMi dengan muka ketatnya memanggil Aman.
"Aman! Aman! sini sekejap" kata BangMi
BangMi menunjukkan sayur- sayur yang sepatutnya disusun oleh Aman masih berada didalam bungkusan, hampir kesemuanya mulai layu. Sepertinya langsung tidak disentuh seperti stock yang dihantar setiap pagi.
Alangkah terkejutnya Aman sewaktu itu, dia meninggalkan kerjanya untuk membantu rakan sekerjanya dan dijanjikan kerja nya akan disiapkan. Tetapi itu hanyalah helah untuk mengenakan Aman, dia sudah kepenatan menyiang ikan seorang diri sebanyak 400kg. Faris dan Hamzi mendapat pujian dan bonus, tetapi Aman hanya akan dikeji dan dimaki.
Petang itu sesudah tutup kedai, Aman menunggu untuk dimarahi BangMi dan KakNia. BangMi mengarahkan Mimi dan Hamzi tidak mendengar dan mengarahkan anak-anaknya menunggu didalam kereta. Mimi menurunkan tingkap untuk curi-curi mendengar perbualan mereka. Faris yang duduk di kawasan kedai dihalau balik oleh BangMi, tetapi Faris tidak terus balik. Dia meletakkan motornya dibelakang kereta KakNia dan juga mencuri pasang telinga apa yang dikatakan majikannya.
*BAMMM!!! BangMi menghempas meja dihadapan Aman sehingga hancur menunjukkan dia benar-benar marah. Mimi, Hamzi dan Faris tersentak terkejut melihat suasana didepan kedai.
"KAU BUAT APA AMAN! KAU BUAT APA DENGAN BISNES KITAORANG!? KAU NAK SABOTAJ KE HAH? KENAPA KAU BUAT MACAMNI!! JAWAB AKU! JAWAB!" BangMi menengking sekuat hati dihadapan muka Aman hingga motor yang lalu lalang ada yang memberhentikan dan melihat. Faris perasan ada yang berhenti untuk melihat segera mengatakan tiada apa yang berlaku
Aman hanya tunduk mendiamkan diri, BangMi pegang kedua bahu Aman dan menggoncang badan Aman.
"KENAPA TAK JAWAB? AKU TANYA NI JAWAB LAH!" BangMi begitu marah lalu menumbuk pintu pagar besi melepaskan marahnya
KakNia mengusap bahu suaminya cuba untuk menenangkan suaminya.
"bang.. bincang elok² cakap elok² jangan macamni bang" kata KakNia
BangMi terus ke tandas untuk menenangkan diri.
"Aman, kenapa macamni Aman? biasa awak tak macamni." kata KakNia
"KakNia rugi ke?" tanya Aman
"jangan fikir kesitu dulu, sekarang KakNia nak tahu kenapa boleh jadi macamtu, awak buat sama² dengan Faris kan? Faris sini sekejap" KakNia memanggil Faris
Faris mendekati KakNia diikuti Hamzi.
"Awak tolong Aman kan untuk checkup penyediaan barang² kan?" tanya KakNia
"takde. Aman takbagi saya masuk campur. betulkan Hamzi? saya dah cakap saya tolong pun tak apa, dia beria cakap takpayah so kitaorang tak campur lah." kata Faris dan dipersetujui oleh Hamzi
Aman duduk sambil tersenyum menganggukkan kepala. Dia sudah tahu dirinya seakan dikhianati.
BangMi kembali ketempat perbincangan.
"kenapa tak buat kerja kau ? kita dah bagi tugas masing², kau buat sayur je takpenat pun kerja kau tu, boleh buat sambil duduk. tak macam diaorang ni kena berdiri. susah sangat ke nak buat ?" tengking BangMi
Aman hanya mendiamkan diri, tiada guna dia mempertahankan diri kerana Faris dan Hamzi berada disitu. Kini BangMi dan KakNia lebih mempercayai Faris kerana anaknya Hamzi sentiasa berada bersama Faris. Ditambahpula dengan masalah yang ditanggung Aman seminggu yang lalu.
"KAU NAK KERJA KE TAKNAK KERJA, KALAU NAK KERJA BUAT CARA NAK KERJA. JANGAN MENYUSAHKAN ORANGLAIN. KENAPA NAK BALIK? HA PERGILAH BALIK KALAU NAK BALIK SANGAT PERGI SANA!" tengking BangMi
*Aman berkata didalam hati, Kalaulah BangMi dengan KakNia tahu siapa yang buat kerja siapa yang takbuat kerja. tapi apakan daya kamu berdua mesti lebih mempercayai anakmu.
Aman bangun berlari terus mengambil motornya dan memecut selaju lajunya.
ns 172.69.7.36da2