"amacam? seronok cuti?" tegur Faris kepada Aman keesokkan harinya
"haaa okey je macam biasa" kata Aman
"yeke macam biasa? bukan luar biasa? cuti pergi jalan² dengan Mimi. aku takdapat lagi jalan berdua dengan dia, kau lebih² eh?" soal Faris
"takde apa yang menarik pun Faris, pergi hantar barang pergi teman dia shopping tu je." kata Aman
"takpayah nak tipulah, dalam kereta mesti kau usha barang dia kan!? jujur jelah Man" kata Faris
"ikut kau lah Faris nak kata apa, aku banyak kerja nak kena buat ni. Tadi KakNia whatsapp senarai orang order untuk harini. Kena siapkan, kau setelkan bahagian kau." kata Aman
12 tengahari kelibat KakNia dengan Mimi sampai dikedai. Mimi agak ceria harini.
"haiii uolls apakabar semua yang berada dikedai, macamana setelah saya tiada disini satu hari? okey? okey?" Mimi cuba menceriakan suasana diluar kedai bersama Hamzi dan Faris.
"macamana ke KL semalam bosan kan? aku dah cakap dah mesti bosan punya" kata Faris sambil gelak²
"eh hello sory sikit, okey je semalam. Abang Aman! okey kan semalam!?" Mimi menjerit memanggil Aman
Aman tidak menoleh cukup sekadar memberi isyarat jari menunjukkan 'good'.
"haa see.. okaylah. bye aku masuk bilik rehat dulu" sambil berjalan masuk ke kedai
"haii Aman" Mimi melambaikan tangan kearah Aman sambil berjalan masuk ke bilik rehat
"ceria semacam je Mimi tu, okay berjalan semalam? beli apa Aman?" tanya KakNia seperti biasa mendekati Aman
"taktahu kenapa dia tu, okay je semalam. kawan² Mimi cantik² ahahahaha. oh ha tak beli apa pun KakNia takpandai lah nak beli² dengan Mimi. temankan dia je semalam." kata Aman
"oooo i see. okay lah tu kan? so macamana dengan Zati?" tanya KakNia lagi
"biarlah Zati tu." kata Aman
"kau tengok Hamzi, Mimi dia nak. Zati dia nak, apa benda dia tak puas hati sangat dengan aku ni. suka kacau line aku, tengok apa aku buat nanti" kata Faris
"Aman, seminggu ni KakNia takde tau ikut BangMi kena pergi kursus dekat Singapore. Jadi KakNia amanahkan awak untuk pengurusan kedai tau, Faris akan backup² untuk penyediaan barang². Awak check okay. KakNia dah bagitahu dia dah customer ni nak apa customer tu nak apa okey." kata KakNia.
6 hari berlalu tanpa KakNia dan BangMi dikedai, banyak permasalahan berlaku dikedai semua masalah harus dipikul oleh Aman seorang diri. Permasalahan bermula sejak penghantaran barang yang diamanahkan oleh KakNia kepada Aman.
Aman sudah ketahui barangan setiap customer tetapi Faris dan Hamzi menghalang Aman untuk memberi barangan seperti kebiasaannya.
"Kau tu cuti itu hari, BangMi marah kitaorang dia cakap customer taknak yang itu. Semua sudah tukar. Customer A dulu dia oder udang saiz 3, sekarang dia nak saiz 2. takpayah ikut kertas tu, ramai customer komplain sendiri cakap mulut dengan BangMi and aku dengar haritu. Biar aku dengan Hamzi sediakan, kau beri je pada customer or hantar nanti." kata Faris tegas
"aku kena tanya KakNia dulu" kata Aman
"takpayah, aku anak dia. aku tahu lah, Mama papa aku ada cakap pasal ni jugak kat rumah" Hamzi menyampuk
"eh Aman, kau tak percaya kawan sekerja ke? takkan aku sengaja buat macamtu? kau gila ke nanti aku juga yang kena. kalau takpercaya call lah KakNia sekarang" kata Faris
Aman serbasalah dan terpaksa akur. *benarlah kata Faris takkanlah dia sengaja nak berbuat macamtu, sama² tempat kerja kalau dia buat macamtu dia pun terkena tempias nanti kata Aman dalam hati
Hari terakhir ketiadaan KakNia, ramai tokey² restoren datang kekedai KakNia. ada yang datang dari KL, Kedah, N9, Kuantan dan sebagainya.
"Dik, mana boss?" tanya seorang customer lelaki
"bos takde encik, kenapa ye boleh saya bantu?" tanya Aman
"saya tahu bos takde, siapa Aman? KakNia kata sebarang urusan penghantaran barang adalah urusan Aman. siapa Aman?" tegas customer tersebut
"saya Aman, ada apa ye encik?" kata Aman
"heiii kau apa masalah kau ha? kau baru kerja sini ke? kau tahu barang apa yang aku pesan, kau hantar barang apa dekat aku? aku biasa masak udang saiz 3, kenapa kau hantar dekat aku saiz 2. restoren aku dah putus bekalan, susah aku nak setting balik dengan semua stock yang kau hantar. bukan setakat udang salah, semua bekalan salah kau tahu tak? bila barang dah terima aku dah payment, setiap lauk ada harganya sendiri kau ingat senang ke nak adjust² harga? customer pun tak suka!!" tengking customer tersebut
"sabar encik sabar. saya mintamaaf bagi pihak kami, encik ada bawa barang kita boleh return balik?" kata Aman
Mimi mendengar bising² mendengar dari jauh sambil memerhatikan Faris dan Hamzi langsung tidak membantu Aman. Mimi membantu Aman mencari stock yang betul dan mengira stock yang telah digunakan oleh customer tersebut.
"eh kau anak KakNia kan? kau cakap kat Mama kau, takguna ada pekerja macamni. tak bertanggungjawab, kalau taktahu buat kerja jangan kerja" tengking customer itu
Aman hanya menundukkan kepala sambil mengira berapa stock yang perlu diganti. Mimi berkata perlahan pada Aman "sabar Man". Mimi menoleh kebelakang melihat Faris dan Hamzi hanya mentertawakan Aman sambil duduk menyilangkan kaki.
Sebaik Customer lelaki itu dapat stock asalnya dia berlalu pergi. Belum sempat Aman menyimpan stock yang dipulang customer tadi, datang customer perempuan pula.
"siapa Aman? cakap! siapa Aman!" jerit seorang perempuan.
"saya" kata Aman.
"Hamzi harini kita tengok show, popcorn takde ke hahaha" kata Faris kepada Aman
Mimi berdiri dibelakang Aman sedikit menjeling tajam kearah Faris
"jeling apa? kalau memang takboleh diharap kena tanggunglah akibatnya, takkan aku pulak yang nak tanggung. haha kan Hamzi" kata Faris.
"eh kau ni pandai buat kerja ke tak? mana list yang aku order. aku nak tengok." kata customer perempuan itu
Aman mengeluarkan senarai list order setiap customer.
"haa tengok.. Akak order udang saiz 2, kenapa awak hantar saiz 3. then akak order ketam frozen kenapa awak hantar pekasam! awak dah biasa dengan akak kan? dah lama awak uruskan soal semua ni. masa bila akak jual pekasam dik.. ketam tak sampai, sampai pekasam. udang salah saiz, banyak lagi ni akak nak return. ha tu kamu pegang saiz 2 udang kan? stock ada bukan takde apa masalahnya?" tengking customer perempuan itu
Aman memandang Faris dan Hamzi " tapi diorang kata.." belum sempat Aman menghabiskan ayat Faris berdiri dan merampas kertas senarai pesanan customer.
"tengok betul² tu Aman, udang 5 kotak saiz 2. ketam 5 kotak, sotong 5 kotak. kau biar betul Aman tiba² bagi pekasam ni mimpi apa ni? pandai baca tak? dah² kalau takboleh buat kerja biar aku ambilkan" kata Faris
"haaa macamnilah baru pekerja, apa nama dik? biar akak komplain dekat KakNia, Aman ni takbagus." kata customer itu mengikuti Faris ke ruang stor sejuk beku
"Faris kak, ingat baik² nama tu bukan apa takut tertukar" kata Faris
"Aman, kenapa tak ikut list tu Aman? kalau Mama papa tau ni teruk Aman, kenapa Aman jadi macamni, biasa kau lah orang yang selalu check quality kuantiti. Kau selalu double triple check barang kan." tanya Mimi risau
Aman hanya terdiam
"Man, harini sahaja dah 5 orang komplain. Apa yang kau nak jawab dekat mama papa nanti Aman?" tanya Mimi lagi
Aman mengeluh panjang..
"aku taktahu macamana menda ni boleh jadi" kata Aman
"tapi kalau kau ikut je kertas tu, masalah takkan timbul kan Aman" kata Mimi lagi
"aku...taktahulah " kata Aman
ns 172.70.100.212da2